Pak John Steamboat & BBQ @ eCurve
Pada sabtu lepas, saya shopping dekat the Curve, Damansara. Selepas membeli barang-barang di Bazaar, saya masuk eCurve. Di tingkat bawah, saya nampak ramai orang beratur di depan Pak John Steamboat & BBQ. Saya juga turut sama makan malam di Restaurant Pak John, di eCurve.
Periuk steamboat mempunyai 2 tingkat, tingkat bawah untuk sup dan tingkat atas untuk BBQ. Terdapat 6 jenis pilihan sup seperti Sup Miso, Kari, Udang, Tomyam, Ayam dan Tulang Lembu Berlada.
Sebahagian daripada pelbagai jenis pilihan makanan untuk steamboat dan BBQ
Harga seorang ialah RM39++, tetapi promosi terkini ialah 20% diskaun bagi kaum wanita pada Hari Selasa dan Khamis dan 30% bagi pelajar setiap hari jam 11 pagi hingga 5 petang.
0 comments