Domino's Pizza memperkenalkan "Golden Chicken"
Domino's Pizza memperkenalkan menu baru Golden Chicken dan logo baru "PaySameOrLess" kempen di Malaysia. Domino's Pizza Malaysia komited dan memastikan harga baru yang anda bayar itu sama atau kurang dari harga sebelumnya. Mulai sekarang, harga yang anda lihat itu harga bersih, termasuk GST 6% Cukai Kerajaan.
Peminat sos salsa akan suka "Golden Mexican Chicken" kerana pedas dan wangi. Ia diselaputi dalam sos salsa, ditambah pula nenas, lada hijau, buah zaitun dan tomato ceri.
Ketulan ayam "Golden Outback Chicken" pula diselaputi dengan sos BBQ, lada hijau, cili merah dan buah zaitun.
Harga pengenalan sekarang ialah RM10.50 nett setiap satu. Harga biasa akan jadi RM15.50, jadi cepat menikmati harga promosi ini sebelum tamat!
Bentuk Golden Chicken ini nampak bulat seperti di atas. Daging ayam yang enak, lembut dan sihat dimakan kerana ia dibakar di ketuhar. Selepas di bakar, ia diselaputi dengan sos dan lain-lain seperti pizza. Idea yang bagus dari Domino's Pizza! Terutama sekali bagi sesiapa yang lebih suka daging ayam dari kulit roti biasa pizza!
1 comments
Wah! Bestnyer dapat mencuba menu baru dari Domino's pizza. Pasti sgt lazat!
ReplyDelete